Sep 22, 2010

Kunjungan ke dokter #9

Eyow!
Kunjungan kali ini saya ke Dokter yang akan menangani persalinan saya. Dokter saya yang pertama memberikan surat pengantar untuk selanjutnya melakukan kontrol kehamilan ke dokter ini. 

O iya laporan catatan perkembangan kami :
Berat Badan Saya : 65 kg (sudah naik 12 kg dari berat awal hamil)
Berat Janin : 3.000 gram
tensi : 180/80
Posisi kepala bumbee baik, sudah posisi mencari jalan lahir, dengan jumlah ketuban yang mencukupi, letak ari-ari juga baik. Detak jantung yang normal.

Saya diberi surat pengantar untuk tes Laboratorium untuk mengetahui : 
Hematologi (Hematologi rutin/CBC:trombosit, leukosit, Hemoglobin, Eritrosit, Hematokrit, nilai-nilai MC), Fal Hemostasis (Waktu pendarahan dan Waktu pembekuan), Diabetes (Glukosa Sewaktu), Hepatitis (HBsAg), dan Urine Rutin. 

Kunjungan berikutnya kami dijadwalkan untuk datang 2 minggu kedepan. Dengan membawa hasil lab yang dilaksanakan sehari sebelum kontrol berikutnya :)

jadwal ke LAb: 4 oktober 2010
setelah hasilnya keluar langsung jadwalkan kunjungan ke dokter



Sep 8, 2010

kunjungan ke dokter #8

Eyow!!! eyow bumbee :)
Berat Badan Saya : (masih) 60 kg 
Usia Janin : 35 minggu 5hari ( sudah masuk 8 bulan)
Berat Janin : 2.793 gram
Diameter (kepala) bayi : 8.84 cm

Kata dokter :
Posisi kepala bumbee sudah berada di bawah, sedangkan ari-arinya sudah nampak matang dilihat dari monitor ari-arinya mulai berbintik-bintik putih. Merupakan kondisi yang baik :) Alhamdulillah...Sempat intip jenis kelaminnya lagi, kali ini lebih jelas penampakannya (perempuan). \m/

Dokter menyarankan untuk memperbanyak gerak seperti jalan pagi, sore, berenang, mengepel lantai nungging untuk kemudahan persalinan dan latihan sakitnya saat melahirkan nanti ****droooollll*****
Juga memasuki bulan ke-9 kontrol akan berlangsung tiap 2 minggu sekali, wah...jadi sering-sering bertemu bumbee nih !
 
Oiya dapat suntikan TT lagi >.< 
Vitamin masih sama dengan yang bulan lalu yaitu Prenatin dan LActafar.

Dokter juga membuatkan surat pengantar ke dokter tempatku bersalin nanti. Untuk dua minggu ke depan kami akan konsultasi ke dokter yang akan menangani persalinanku :)
(berdoa: semoga persalinanku lancar, sehat diriku dan bumbee, Aaaamiiin)

Sep 7, 2010

Didiklah Anakmu....


Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, (QS. 42:49) 

Wanita Muslimah yang bijak faham tentang psikologi anak-anaknya, dan sedar perbezaan sikap dan kecenderungan anak-anaknya itu. Dia sentiasa cuba menembusi dunia suci anak-anak itu untuk menanamkan benih dari nilai-nilai mulia dan peribadi yang baik dengan menggunakan kaedah yang paling bagus dalam hal keibu bapaan.

Secara fitrahnya, ibu lebih rapat dengan anak-anaknya dan dia lebih dikasihi oleh mereka sehingga mereka bersikap terbuka dengannya dan berkongsi pandangan dan perasaan dengan ibunya. Dia cepat-cepat membetulkan mereka dan membersihkan fikiran serta pandangan mereka, dengan mengambil kira umur dan tingkat pemikiran anak-anak itu. Kadangkala dia bermain dan bergurau dengan mereka, memuji mereka dan memperdengarkan ucapan kasih sayang dan cinta. Dengan itu, kasih mereka padanya akan bertambah, dan mereka rasa seronok menerima kata-katanya yang penuh dengan petunjuk serta pembetulan. Mereka mentaatinya kerana sayang padanya, kerana ada perbezaan besar di antara taat yang ikhlas yang lahir dari dalam hati berdasarkan rasa cinta, hormat dan percaya, dengan taat tidak ikhlas kerana takut dan terpaksa. Ketaatan yang diberikan secara ikhlas itu adalah kuat dan menghasilkan buah yang manis, manakala ketaatan yang diberikan kerana rasa takut dan terpaksa itu pula lemah dan tidak berasas, lambat laun ia hilang apabila ketakutan bertambah.

Wanita Muslimah tidak jahil tentang betapa anak-anaknya memerlukan kasih sayang dan cintanya untuk membesarkannya dengan baik, tanpa masalah. Cara tumbesaran seperti ini akan memenuhkan jiwa anak-anak dengan rasa potimis, percaya diri, bercita-cita besar dan penuh pengharapan. Dengan itu ibu Muslimah itu telah menunjukkan kasih sayang pada anak-anaknya pada setiap keadaan, menyiram mereka dengan kebahagiaan dan memenuhi hati mereka dengan rasa percaya dan selamat.

Wanita Muslimah yang sejati itu penyayang pada anak-anaknya, kerana sifat penyayang itu merupakan sifat yang asas dalam Islam dan sangat digalakkan oleh Nabi Muhammad dalam perkataan dan perbuatan baginda Anas menceritakan:

“Aku tidak pernah melihat orang yang lebih penyayang terhadap anak-anak selain dari Rasulullah . Anaknya, Ibrahim dijaga oleh seorang amah di kawasan pergunungan sekitar Madinah. Baginda selalu ke sana, dan kami pergi bersama baginda, kemudian baginda masuk ke rumah itu, mendukung serta mencium anaknya, kemudian pulang.” [Riwayat Muslim, 15/75, Kitab Al-Fada’il, bab rahmatihi wa tawadu’ihi.]

Kasih sayang dan cinta Rasulullah terhadap kanak-kanak Muslim termasuk yang kecil semasa sedang bermain. Baginda akan menunjukkan kasih sayangnya itu. Anas menceritakan:

“Bila Rasulullah melewati sekumpulan budak lelaki, baginda tersenyum ramah dan menyapa mereka.” [Riwayat Bukhari dan Muslim. Lihat Syarh As-Sunnah, 12/264, Kitab Al-Isti’zan, bab at-taslim ‘ala subyan.]

Satu contoh betapa Rasulullah berhikmah dalam hal berkaitan membesarkan anak-anak ialah hadith:

“Bukan termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi yang muda dan tidak menghormati yang tua.” [Riwayat Ahmad, 2/185, dan oleh Al-Hakim, 1/62, Kitab Al-Iman; sanadnya sahih. ]

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah mencium Al-Hasan bin Ali. Al-Aqra’ bin Habis berkata, “Aku mempunyai sepuluh anak tetapi aku tidak pernah mencium mereka.” Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang tidak mengasihani maka dia tidak akan dikasihani.” [Riwayat Bukhari dan Muslim, Syarh As-Sunnah, 13/34, Kitab Al-Birr Was-Silah, bab rahmat al-walad wa taqhilihi.]

Rasulullah adalah pendidik agung dan baginda sentiasa berusaha menanamkan sifat kasih sayang dan belas kasihan dalam jiwa manusia, serta membangunkan potensi mereka untuk berkasih sayang dan cinta mencintai yang merupakan asas yang paling kuat dalam keperibadian manusia.

Suatu hari seorang Badwi datang lalu bertanya kepada baginda, “Adakah kamu mencium anak-anakmu? Kami tidak pernah mencium anak-anak kami.” Rasulullah berkata,

“Apa yang harus aku lakukan jika Allah telah menarik rasa kasih sayang dari hatimu?” [Fathul Bari, 10/426, Kitab Al-Adab, bab rahmat al-walad wa taqbilihi.]

‘Aisyah meriwayatkan:

“Setiap kali Fatimah datang ke rumah, Rasulullah akan berdiri menyambutnya, menciumnya dan mendudukkannya di atas tempat duduknya, dan setiap kali baginda menziarahi Fatimah di rumahnya, maka Fatimah akan berdiri menymbutnya, menciumnya dan mendudukkannya di tempat duduknya. Bila Fatimah datang menziarahi baginda ketika sedang sakit, baginda menyambutnya dan menciumnya.”[ Fathul Bari, 8/135, Kitab Al-Maghazi, bab maraduhu wa wafatuhu; Abu Daud, 4/480, Kitab Al-Adab, bab ma ja’ fil qiyam.]

Rasulullah telah memuji wanita Quraisy kerana mereka adalah wanita yang paling menyayangi anak-anaknya, menitikberatkan pembesaran mereka dan sedia berkorban untuk mereka, di samping menjaga suami dengan baik. Hal ini dapat dilihat dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah, katanya: Aku mendengar Rasulullah bersabda:
“Wanita-wanita Quraisy adalah wanita terbaik yang menunggang unta. Mereka sangat menyayangi anak-anak dan berhati-hati dengan perkara berkaitan harta suami.”10

Melalui cahaya petunjuk ini, Muslimah sejati tidak boleh keras terhadap anak-anaknya dan melayan mereka dengan cara kasar meskipun dalam jiwanya ada sifat kasar kerana sesungguhnya agama ini dengan petunjuknya yang menyinar jiwa manusia, melembutkan hati dan membangunkan perasaan cinta dan kasih sayang sesama insan. Anak-anak adalah sebahagian dari kita, yang maju ke dunia ini, sebagaimana dikatakan oleh penyair Hittan bin Al-Mu’alla:

“Anak-anak adalah jantung hati kita, berjalan di antara kita di atas muka bumi. Maka kita tidak dapat tidur malam kerana bimbangkan mereka meskipun mereka disentuh oleh sedikit angin sepoi-sepoi bahasa.” [Riwayat Abu Tamim, Al-Hamasah, 1/167]

IDEAL MUSLIMAH
(The True Islamic Personality Of The Muslimah As Defined In The Qur’an And Sunnah)
Dr. Muhammad Ali Hasyimi



dicopi mentah-mentah dari : Al-Fikrah.net